Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, amalan sistem pilihan raya di Malaysia membuktikan bahawa negara ini mendukung penuh d...

Sistem Pilihanraya bukti demokrasi subur di Malaysia.. - Tun M


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, amalan sistem pilihan raya di Malaysia membuktikan bahawa negara ini mendukung penuh demokrasi.

"Ramai orang akan menyangkal apa yang saya perkatakan ini kerana mereka berpendapat bahawa Malaysia tidaklah begitu demokratik tetapi saya ingin beritahu anda bahawa sejak mencapai kemerdekaan, ia telah mengadakan 14 kali pilihan raya dan tidak terdapat banyak rungutan mengenai pilihan raya itu melainkan yang terbaru ini.

"Jadi dari sudut orang ramai memilih pemimpin mereka, Malaysia telah membuktikan bahawa ia adalah demokratik sehinggakan kepada perkara itu," katanya ketika berucap pada perbincangan Oxford Union yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dari London awal hari ini.

Mahathir semasa berucap berkata, pihak demokrat kini menjadi intoleransi terhadap sistem di negara lain yang mereka anggap sebagai pemerintahan diktator.

Perdana Menteri dijangka akan turun membantu kempen Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada saat akhir 25 Januari ini.