Berdasarkan sambutan dan kehadiran lebih 1,000 orang dalam program perjumpaan bersama warga Sungai Koyan dekat sini hari ini, Perdana Men...

Tiada yang lebih baik dari Manogaran untuk wakili penduduk Cameron Highlands


Berdasarkan sambutan dan kehadiran lebih 1,000 orang dalam program perjumpaan bersama warga Sungai Koyan dekat sini hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa Pakatan Harapan akan menumbangkan BN di Prk Cameron Highlands.

"Yang datang banyak, ramai lebih daripada 1,000 nampak ada harapanlah tapi hari ini kita tak boleh tahu.

"Kita harap kita dapat sokongan daripada orang Sungai Koyan dan Cameron Highlands, InsyaAllah kami akan buat yang baik bagi semua rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Solat Jumaat di Masjid Al Muhajirin, Sungai Koyan dekat sini hari ini.

Tun Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan menolak kebimbangan penyokong PH yang gusar jika calon DAP, M.Manogaran, tidak diterima oleh orang melayu dan orang asli di Cameron Highlands.

"Di sini orang Melayu sokong calon dari kaum India, kalau kita tak sokong dia, di tempat lain kaum India tak sokong kita, maka kita kalah.

"Ini adalah tepat (pemilihan calon), InsyaAllah, bukan dia seorang sahaja, kita semua dibelakang dia,” katanya.