Pemberian hadiah sumbangan kepada pengundi di Prk Semenyih oleh Parti Bersatu adalah tidak salah kerana ianya bukanlah melanggar sebarang...

Jangan pertikai Pemimpin Bersatu bantu pengundi Semenyih melalui sumbangan


Pemberian hadiah sumbangan kepada pengundi di Prk Semenyih oleh Parti Bersatu adalah tidak salah kerana ianya bukanlah melanggar sebarang undang-undang negara, kata seorang Ahli Majlis Tertinggi Bersatu.

"Ini sebagai selingan. Bila ada penyerahan, so (jadi) kita gunakanlah majlis itu untuk pelbagai aktiviti. Asalkan tidak melanggar undang-undang negara, sudah,” kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya.

Seramai lapan penerima ibu tunggal yang menetap di Semenyih diberikan hadiah berupa barangan dapur yang diletakkan dalam kotak besar dalam majlis Program Jalinan Silaturrahim Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penyerahan Borang Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kesemua penerima sumbangan tesebut merupakan pengundi di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih (DUN) di sini.

Sumbangan berkenaan sebenarnya ditaja dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuh iaitu Gabungan Usahawan Aceh Malaysia dan Persatuan Usahawan Warisan Malaysia (NHEO).

Kedua-dua pemimpin NGO tersebut juga merupakan ahli Bersatu.

Abu Bakar ketika ditanya mengenai perkara berkenaan selepas menyampaikan hadiah-hadiah kepada penerima berkata, ia tidak menjadi masalah walaupun kedua-dua NGO berkenaan merupakan ahli Bersatu.

"Bagi sumbangan. Dia nak jadi member (ahli), adakah halangan kepada mana-mana rakyat Malaysia untuk menjadi ahli parti?