Kain rentang menolak kepimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan mendesak Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8, mu...

Kain rentang tolak kepimpinan Tun M bertentangan dengan ajaran Islam.


Kain rentang menolak kepimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan mendesak Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8, muncul di sekitar Kuala Lumpur hari ini.

Kain rentang tersebut dikesan digantung di dua tempat iaitu Bangsar dan Taman Permata.

Di Bangsar ia tergantung di jejantas Jalan Bangsar, berdekatan stesen LRT Abdullah Hukum, dan di Taman Permata pula ia dipamerkan di lebuh raya MRR2, berdekatan pasar raya besar Giant.

Kain rentang tersebut bertulis, “MAHATHIR LETAK JAWATAN! ANWAR IBRAHIM PM KE-8 DEMI SELAMATKAN MALAYSIA”.

Turut dimuatkan didalam kain rentang terbabit ialah gambar Anwar dan juga logo PKR.

Setakat ini belum terdapat dipastikan pihak mana yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit walaupun ada desas desus yang mengaitkannya dengan perbuatan pihak pembangkang.

Sementara itu, PKR menegaskan akan membuat laporan polis berkaitan penggantungan kain rentang tersebut.

"Pagi tadi, satu kain rentang fitnah politik yang berniat jahat telah dinaikkan di jejantas Jalan Bangsar di depan Apartment Abd Hukum/Putra Ria.

"Saya percaya ia dibuat oleh musuh politik Pakatan Harapan.

"Saya telah arah anggota PKR untuk segera turunkan dan buat laporan polis berkenaan insiden ini,” kata anggota parlimen kawasan Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Di dalam Islam, memelihara perpaduan dan kekuatan ummah adalah dengan cara taat kepada pemimpin dan berjihad bersama mereka.

Malah, jihad tidak boleh dilaksanakan kecuali bersama dengan pemerintah.

Oleh itu, seluruh umat Islam di negara ini wajib memberikan kesetiaan dan ketaatan kepada pemerintah pusat tanpa mengira siapakah dia dan apakah kedudukannya berasaskan nas syarak