Walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu, angka hutang negara telah berjaya dikurangkan sehingg...

Kerajaan PH berjaya kurangkan hutang negara walaupun baru 9 bulan mentadbir


Walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu, angka hutang negara telah berjaya dikurangkan sehingga tahap minimum oleh Kerajaan Pakatan Harapan biarpun baru 9 bulan mentadbir.

Namun rakyat diminta bersabar kerana jumlah hutang negara masih diperingkat trillion ringgit.

"Kami telah berjaya mengurangkan angka hutang daripada RM1.087 trilion yang sebelumnya tetapi biar saya mendapatkan butiran lanjut terlebih dahulu.

"Tapi ia masih di peringkat trilion ringgit. Kita bercakap mengenai cara kita melihat kewajipan yang perlu bayar dan sudah tentu kelulusan berdasar perakaunan,” tegas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, bayaran hutang tersebut termasuk jaminan kerajaan terhadap pelbagai perkhidmatan dan pinjaman.

"Ini kerana peminjam utama tidak dapat membayar, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan contoh terbaik,” katanya.

Pada 24 Mei lalu, Guan Eng memberitahu, hutang Negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.

Katanya, dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK.