Kerajaan akan menggandakan usaha memberi lebih banyak peluang terutama pekerjaan kepada rakyat dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan m...

Kerajaan PH komited buka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat


Kerajaan akan menggandakan usaha memberi lebih banyak peluang terutama pekerjaan kepada rakyat dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan juga sedang mencari jalan bagaimana membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan mereka, katanya.

"Caranya ialah kita perlu bekerja kuat untuk meningkatkan produktiviti hasil pengeluaran dan seterusnya dapat menyediakan lebih peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya di Pagoh malam tadi.

Muhyiddin berkata sejak beberapa bulan menerajui negara, Kerajaan Pakatan Harapan berusaha untuk membantu rakyat dan ianya sering menjadi perhatian utama dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Katanya oleh sebab itu, kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas kabinet bagi mengatasi kos sara hidup yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.