Tiada mana-mana pihak mahu menggulingkan Dr Mahathir Mohamad kerana beliau sudah menyatakan akan meletakkan jawatan apabila sampai tem...

Komplot gulingkan Tun Mahathir hanyalah cerita dongeng PAS.


Tiada mana-mana pihak mahu menggulingkan Dr Mahathir Mohamad kerana beliau sudah menyatakan akan meletakkan jawatan apabila sampai tempoh dijanjikan, kata Mahfuz Omar.

“Apa gunanya menjatuhnya beliau sedangkan beliau sudah kata akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim?” Kata naib presiden Amanah semasa ceramah di Kantan Permai, Semenyih.

“Cadangan oleh PAS semata-mata untuk mengalih perhatian mereka daripada isu menerima wang daripada Umno,” kata timbalan menteri sumber manusia itu.

Mahfuz berkata demikian susulan dakwaan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang parti Islam itu akan menyokong perdana menteri sekiranya undi tidak percaya terhadapnya dibuat di Parlimen.

“Tetapi tiada konflik dalaman PH selain yang direka oleh PAS,” kata Mahfuz kepada kira-kira 80 orang hadirin dalam ceramah itu.

Mahfuz bertanya kepada hadirin siapa yang lebih dipercayai – Dr Mahathir atau Takiyuddin.

“PAS tidak menafikan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir.

“Apa yang mereka katakan ialah mereka akan bertemu untuk membincangkan isu itu. Sekiranya Dr Mahathir salah, mereka harus mencabarnya,” kata bekas pemimpin PAS itu.

Mahfuz juga mempersoalkan kenyataan tidak jelas PAS.

“Takiyuddin berkata sokongan PAS untuk Umno di Semenyih akan lebih kecil berbanding sokongan diberikan di Cameron Highlands. Jadi, apakah maksudnya? Adakah mereka membantu Umno atau tidak?” soal Mahfuz.