Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menganggap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘badut’ yang menghiburkan orang ram...

Menjelang PRK Semenyih, MB Selangor labelkan Najib sebagai "Badut".


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menganggap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘badut’ yang menghiburkan orang ramai.

Menurutnya, rakyat kini boleh ketawa terhadap Najib yang kembali popular dengan slogan ‘Bossku’ di kalangan remaja Melayu penunggang motosikal.

"Sekurang-kurangnya kita ada sesuatu untuk diketawakan. Beliau dah jadi badut sekarang. Saya ucapkan selamat berjayalah kepada beliau,” katanya kepada media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas populariti bekas perdana menteri Umno-BN itu di yang kembali mencanak di media sosial mutakhir ini.



Cubaan untuk menaikkan imej Najib di kalangan rakyat itu berlaku sewaktu beliau sendiri berdepan kembali tuduhan menggubah wang haram sebanyak RM47 juta sewaktu menjadi Perdana Menteri.