"Insya-Allah saya akan kemukakan bukti, tapi bukan saya nak melaporkan kepada dia. Saya akan buktikan, tidak ada masalah," kata...

Timbalan Menteri ada bukti kesahihan Ijazah dari Cambridge


"Insya-Allah saya akan kemukakan bukti, tapi bukan saya nak melaporkan kepada dia. Saya akan buktikan, tidak ada masalah," kata pemimpin PPBM Pulau Pinang, Datuk Marzuki Yahya, yang didakwa memalsukan Ijazah daripada Universiti Cambridge.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Luar menyifatkan tuduhan yang dibuat oleh pihak terbabit sebagai permainan politik semata-mata sahaja.

"Bagi saya ini adalah satu daripada permainan politik. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini dan kita serahkan kepada polis, yang pentingnya saya menjalankan tugas saya dengan baik tanpa ada sebarang masalah. Yang penting bagi kita ialah keutamaan untuk tugas, tanggungjawab dan negara kita," tegasnya.

Beliau juga menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan seorang individu bahawa beliau menipu rakyat dengan menyatakan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Cambridge.

Semalam, aktivis politik Muhsin Abdul Latheef membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Zulfahan Pagon yang mendakwa program pengajian jarak jauh (PJJ) bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diikuti oleh Marzuki itu tidak wujud di Universiti Cambridge.