Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” - sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Naj...

Usah cari dosa ucap 'malu apa bossku'.. - pendakwah


Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan “Malu apa bossku” - sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak.

"Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?

"Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu. “Tiba-tiba kau ajar 'malu apa bossku' dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq yang dipetik menerusi laporan Malaysiakini.

Dia berkata demikian dalam video yang dimuat naik di Facebooknya.

Bagaimanapun, pendakwah berkenaan tidak menyebut nama Najib secara khusus.

Dalam video 56 saat itu, Abu Syafiq juga meminta pihak yang “membawa perkataan itu” supaya bertaubat.

Dalam status berasingan dia turut menghuraikan lanjut isu itu, termasuk memetik hadis Nabi Muhammad.

Kali ini dia memberikan rujukan jelas kepada Najib dengan memuatkan lakaran gambar Najib menaiki motosikal, yang sering digunakan dalam kempen Najib.

Hasil tinjauan di media sosial pula mendapati, kebanyakan netizen tidak bersetuju dengan pendakwah berkenaan, malah mereka menyifatkan perbuatan memungkiri janji pilihanraya lebih berat dosanya berbanding isu Najib.