Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan PH jauh lebih bijak didalam usaha membela nasib Melayu disamping membe...

Kerajaan PH lebih bijak membela nasib orang melayu dan rakyat Malaysia


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan PH jauh lebih bijak didalam usaha membela nasib Melayu disamping memberi keutamaan kepada kebajikan kaum-kaum lain didalam negara.

Disebabkan oleh itulah Pakatan Harapan mendapat sokongan mantap dari orang melayu sehihgga diberikan mandat untuk mengambil alih pentadbiran negara dari BN pada pilihanraya umum ke 14 lalu.

"Pendekatan PH bijak dan boleh selesaikan masalah rakyat, terutamanya masyarakat Melayu dan bukan Melayu dalam kumpulan B40 yang perlukan pembelaan.

"Yang penting bukan soal perpaduan Melayu sahaja, tetapi memantapkan kedudukan Islam, memantapkan bahasa dan menjaga kepentingan semua rakyat dan semua kaum di Malaysia," tegas beliau.

Selain itu, Anwar turut menempelak dakwaan gabungan UMNO dan Pas akan mendapat sokongan padu dari orang-orang melayu khususnya didalam pilihanraya umum akan datang.

"Melayu ini bukan semua dengan PAS dan Umno sahaja. Dalam PKR ada (Melayu), dalam masyarakat biasa ada (Melayu), ahli kita ramai (Melayu), persatuan kita ramai (Melayu).

"Bagi saya isunya ialah soal tadbir urus yang baik dan usaha kita terus bantu semua rakyat dan majoriti rakyat miskin dan terabai adalah Melayu. Tidak perlu hanya tekan satu (kaum) sahaja.

"Orang India masih memerlukan pembelaan dan beberapa kelompok Cina, kumpulan miskin bandar (juga perlukan pembelaan),” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus di Parlimen hari ini.