Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berharap lebih ramai kaum cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia bagi mengimbangkan tanggungjawab menja...

Menteri mahu lebih ramai kaum Cina sertai Angkatan Tentera Malaysia


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berharap lebih ramai kaum cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia bagi mengimbangkan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Ini kerana Angkatan Tentera Malaysia ketika ini dilihat kurang menarik minat penyertaan dari kalangan kaum lain selain dari bangsa melayu.

Bercakap dalam satu program dialog bersama Sinar, Mohamad mengakui bahawa kurangnya keanggotaan dari kalangan bukan Melayu dalam angkatan tentera.

"Kita terus kempen. Kita tahu kebelakangan ini agak tinggi yang sertai terutama di kalangan keturunan India, tetapi di kalangan keturunan Tiong Hua (saya) harap lagi ramai akan sertai (tentera).

Beliau turut menegaskan bahawa angkatan tentera tidak mengamalkan diskriminasi dan mana-mana anggotanya yang menunjukkan prestasi yang baik akan mendapat ganjaran setimpal.

Katanya, anggota yang berdisiplin dan gigih akan maju dalam kerjaya tenteranya dan beliau melihat sendiri perkara itu sejak mengetuai kementerian itu.

"Tiap-tiap bulan dalam mesyuarat saya lihat kenaikan pangkat berlaku dalam semua kaum.

"Saya harap semua dapat sertai ATM.. Tanggungjawab keselamatan bukan (digalas) satu kaum sahaja, ia untuk rakyat Malaysia.” katanya lagi.