Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau berasa pelik kerana masih ada rakyat yang menyokong Datuk Seri Najib Razak wala...

Pelik bila 'penyangak, pencuri dan penyamun' digelar Bossku..


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau berasa pelik kerana masih ada rakyat yang menyokong Datuk Seri Najib Razak walaupun beliau berdepan dengan banyak pendakwaan atas tuduhan mencuri wang rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang yang tak tahu malu kerana masih lagi boleh berseronok selepas 'mencuri' didalam negara.

"Bossku tak malu langsung dan seronok pula. Kita kalau mencuri sorok sikit. Ini tak malu.

"Saya kadang-kadang buat salah tapi tidak salah tolak Najib. Beliau fikir akan jadi balik Perdana Menteri.

"Najib sudah tumbang, Barisan Nasional sudah mati dan UMNO sudah tidak ada. Sia-sia sahaja pilih calon BN sebab parti itu sudah tidak ada.

"Innalillahiwainnailahirojiun. Yang ada UMNO itu pun nama sahaja sudah hancur pun kerana ramai pilih nak masuk Bersatu,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan di sini semalam.

Hadir sama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad dan beberapa pemimpin kanan PH antaranya dua Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Lim Guan Eng.

Mahathir menambah, panggilan Bossku kepada Najib itu perlu difikirkan semula. Ini kerana perkataan boss berasal dari Amerika Syarikat yang dikuasai orang kulit putih ketika itu memanggil hamba iaitu orang kulit hitam dengan gelaran itu.

"Jadi takkan kita jadi hamba? Bossku pula bukan sebarang orang kerana penyangak, pencuri dan penyamun. Orang Utara kata kawaq,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Gazzete.