Walaupun menghadapi pelbagai kecaman oleh netizen di laman sosial, veteran DAP Lim Kit Siang tetap tidak akan meneruskan debatnya dengan ...

Kit Siang bukan penakut, tapi lebih pentingkan keharmonian kaum.


Walaupun menghadapi pelbagai kecaman oleh netizen di laman sosial, veteran DAP Lim Kit Siang tetap tidak akan meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Ini kerana beliau bimbang dengan kemungkinan besar debat berkenaan akan dimanipulasi menjadi satu konflik perkauman.

Katanya, sejak 48 jam yang lalu, beliau menerima segunung surat dan nasihat yang memintanya supaya tidak meneruskan debat itu.

"Saya sedar yang keputusan saya ini akan disambut dengan pelbagai tuduhan yang saya ini adalah seorang penakut.

"Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat.

"(Tajuk debat) Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.

"Sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik.

"(Oleh itu) saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini,” kata Lim dalam satu kenyataan media, petang tadi.