Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini sedang memohon kepada kerajaan Jepun untuk membekalkan 50,000 rakyat Malaysia bagi bekerja di dalam bi...

Malaysia akan dapat manfaat besar jika hantar buruh ke Jepun.


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini sedang memohon kepada kerajaan Jepun untuk membekalkan 50,000 rakyat Malaysia bagi bekerja di dalam bidang kerja 3D iaitu "Dirty, Dangerous dan Difficult" (kotor, berbahaya dan susah).

Ini berikutan langkah kerajaan Jepun melancarkan satu program visa pada bulan lepas untuk membenarkan pekerja asing berkerja di negara mereka di dalam bidang tertentu.

Jika kerajaan Jepun meluluskan permohonan tersebut, Malaysia bakal disenaraikan bersama Filipina, Nepal, Mongolia, Kemboja dan Myanmar yang telah menandatangani perjanjian yang sama bulan lepas.

Malaysia akan disenaraikan sebagai negara sumber buruh yang ke-6 untuk Jepun.

Didalam janji manfiesto PH pada pilihanraya umum ke 14 lalu ialah, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dengan gaji minima RM2,500.

Ketua Armada parti Bersatu yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, juga pernah berjanji untuk membawa balik semua Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura jika PH berjaya menawan Putrajaya.

Dalam satu kenyataan menerusi portal The Edge, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berpendapat bahawa penghantaran rakyat Malaysia ke Jepun bagi melakukan kerja-kerja 3D ini adalah langkah yang baik.

"Fikirkan berapa banyak manfaat yang negara kita akan dapat daripadanya seiring dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diaktifkan semula baru-baru ini," katanya.

Beliau turut memberi contoh negara Filipina dan India yang dikatakannya telah mendapat faedah mengeksport pekerja mereka ke luar negara.