Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu meletakkan...

Di Malaysia tak perlu letak jawatan jika ada skandal seks.. - Tun Mahathir


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu meletakkan jawatannya dengan isu yang melanda menteri itu.

Mahathir mengulangi bahawa, tidak ada keperluan untuk Timbalan Presiden PKR itu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.

"Tidak ada keperluan (letak jawatan) hanya kerana ada orang di negara lain melakukannya (letak jawatan bila dikaitkan dengan isu).

"Saya tahu di satu negara, jika sebuah kapal terbang terhempas di lapangan terbang, menteri pengangkutan letak jawatan atau keluarkan dirinya dari kereta api, tetapi ini bukan cara kita," katanya.

Beliau juga menyatakan keyakinannya yang video tersebut merupakan satu percubaan yang sengaja dilakukan bagi merosakkan masa hadapan Azmin.

"Saya tidak rasa yang beliau begitu bodoh untuk melakukannya dan ditangkap, saya rasa ada orang yang mahu menjatuhkan beliau * kini dengan keajaiban elektronik, anda boleh tunjukkan banyak gambar yang boleh jadi betul, atau tidak benar.

"Sebab itu lah kita telah hentikan dengan berita palsu itu, tetapi bagaimanapun kami rasakan seseorang perlu mengambil tindakan terhadap berita palsu," katanya. - Bernama