Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Amin Shah Iskandar ketika mempertahankan ucapan yang dibuat bosnya berkata, istilah &q...

Rakyat harus faham bahasa counter-terrorisme Mohamad Sabu


Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Amin Shah Iskandar ketika mempertahankan ucapan yang dibuat bosnya berkata, istilah "father and mother" merupakan terma yang biasa digunakan dalam aktiviti counter-terrorisme.

Istilah yang digunakan oleh Mohamad Sabu ketika sesi soal jawab Dialog Shangri-La yang berlangsung di Singapura baru-baru ini katanya adalah merujuk kepada penaja pengganas yang menyalurkan sumber kewangan bagi menyokong aktiviti mereka.

"Menhan (Menteri Pertahanan) menggunakan rujukan anekdot apabila dia menyebut tentang "father and mother" kepada organisasi pengganas, ia merujuk kepada unsur penaja pengganas.

"Beliau (Mohamad Sabu) berkata bahawa pengganas sering dilengkapi senjata yang baik seolah-olah mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh menyokong aktiviti mereka," katanya seperti laporan Awani.

Video tular Mohamad menjawab soalan pada Dialog Shangri-La dikritik netizen gara-gara beberapa istilah yang digunakan menteri pertahanan itu.