Selepas setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara berikutan kemenangan besar menumbangkan Barisan Nasional (BN), Malaysia k...

Rakyat wajib bantu bina semula negara selepas dirosakkan oleh BN


Selepas setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara berikutan kemenangan besar menumbangkan Barisan Nasional (BN), Malaysia kini berada dilandasan yang betul untuk maju.

Tetapi pejuangan bagi memajukan negara bukan sahaja terletak ditangan pemimpin semata-mata, sebaliknya rakyat keseluruhannya harus memainkan peranan untuk menaikkan kembali ekonomi Malaysia.

Justeru itu, rakyat Malaysia di Arab Saudi diminta membantu kerajaan membina semula negara selepas tampuk pemerintahan bertukar tangan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mereka boleh membantu mengikut kemampuan masing-masing seperti memberi input membina supaya dasar yang lebih efektif dapat diperkenalkan.

"Membina semula negara selepas apa yang telah berlaku bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia tidak mustahil.

"Kita perlu membetulkan keadaan pada masa sama meneruskan pertumbuhan ekonomi negara yang memberi manfaat kepada semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa di Jeddah, kelmarin.

Dr Wan Azizah berkata, setiap rakyat juga boleh menjadi ‘duta’ kepada negara dalam menyebarkan maklumat yang benar kepada masyarakat di Arab Saudi.

Turut hadir, Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.