Negara digemparkan dengan penularan klip video membabitkan seorang Menteri Kabinet dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tidak sampai 24 ja...

Tun M akan buat keputusan lepas tengok video mirip Menteri Ekonomi


Negara digemparkan dengan penularan klip video membabitkan seorang Menteri Kabinet dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak sampai 24 jam kisah video tersebut tular, seorang individu bernama Haziq Aziz tampil membuat pengakuan bahawa beliau adalah individu didalam klip berkenaan bersama Menteri Kanan Kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam satu sidang media, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, beliau tidak tahu apa apa mengenai video tersebut dan meminta supaya ditunjukkan video yang tular.

Beliau menegaskan bahawa langsung tidak tahu mengenai penyebaran video seks sejenis yang didakwa membabitkan individu mirip seorang menteri di bawah kerajaan pimpinannya.

"Saya tak tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena baca dulu.

"Kalau awak boleh bagi briefing, (tunjukkan) boleh juga,” katanya yang disusuli gelak tawa beberapa menteri yang turut menghadiri sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini, hari ini dipetik melalui portal FMT.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad, Zeti Akhtar Aziz.