Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menyiasat dakwaan pendakwah b...

Anwar mahu KDN siasat punca Wan Ji kena tumbuk di penjara.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar menyiasat dakwaan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin dipukul ketika ditahan di Penjara Kajang.

"Saya percaya Wan Ji punya wibawa untuk tidak mengada-adakan fakta.

"Jadi wajar pihak yang berwajib dalam hal ini Penjara Kajang harus siasat dan saya percaya menteri dalam negeri akan ambil tindakan supaya siasatan itu dibuat,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Wan Ji dipukul dalam tahanan.

Wan Ji pada Ahad lalu mendakwa beliau dipukul oleh seorang warden penjara ketika ditahan di Penjara Kajang.

Wan Ji mendakwa warden berkenaan memintanya menanggalkan cermin mata sebelum menumbuknya sebanyak tiga kali selepas beliau memperkenalkan diri.