Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa agar pihak media agar tidak melaga-lagakan beliau dan presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim. ...

Azmin berikrar akan tetap setia kepada Anwar didalam PKR


Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa agar pihak media agar tidak melaga-lagakan beliau dan presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Beliau senada dengan Anwar bahawa mereka kekal sepasukan.

"Ya, dia adalah presiden parti dan saya timbalannya. "Kamu (media) janganlah provoke presiden dan timbalan presiden, kami sudah bersama untuk sekian lama," katanya kepada pemberita selepas majlis doa kesyukuran untuknya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di pemukiman KEADILAN di Port Dickson bahawa mereka berdua dalam “satu pasukan”.

Anwar Sabtu lalu menyambut baik makluman polis bahawa Azmin tidak terlibat dalam video sumbang yang cuba merosakkan karier politik beliau.

Semalam pula beliau berkata mereka berdua "perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara tetap".

"Ia adalah satu pasukan. Beliau (Azmin) mendapat mandat dalam pilihan raya parti (sebagai timbalan presiden)," Anwar dipetik berkata.