Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini meluluskan permohonan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan hukuman penjara setahun ke...

Hukuman terhadap Wan Ji kes menghina Sultan berjaya ditangguhkan


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini meluluskan permohonan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan hukuman penjara setahun kerana kesalahan menghasut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman menetapkan syarat agar Wanji tidak ke luar negara dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Wan Ji dikenakan hukuman penjara setahun berkuat kuasa serta merta pada Selasa 9 Julai, di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Beliau didapati bersalah menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi hantaran Facebook.

Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda maksimum RM5,000.

Abdul Halim turut meminda hukuman penjara ke atas Wan Ji kepada setahun - berbanding sembilan bulan sebelum ini - selepas mendengar rayuan silang pendakwaan.

Peguam Radzlan Jalaluddin bagaimana pun membuat permohonan lisan untuk menangguhkan sabitan hukuman sehinggalah selesai rayuan terhadap keputusan itu.

Abdul Halim mengarahkan pasukan pembelaan untuk memfailkan permohonan rasmi bagi tujuan penangguhan hukuman itu.