Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa bahawa perdana menteri Malaysia kelapan adalah Timbalan Presiden Bersatu Datuk...

Ketua Pemuda UMNO sokong Mukhriz jadi PM ke 8.


Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa bahawa perdana menteri Malaysia kelapan adalah Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

"Pagi ini, dalam penerbangan yang sama ke Pulau Pinang dengan perdana menteri kelapan Malaysia yang akan datang," katanya di Facebook.

Kenyataan itu diiringi dengan gambar Asyraf bersama Mukhriz. Ketika status facebook Asyraf itu diterbitkan, ia menerima 2200 tanda suka dan 385 komen.

Mukhriz kini adalah merupakan Menteri Besar Kedah dan juga Ahli Parlimen Jerlun.

Ketika ini, ramai pemerhati politik beranggapan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan pimpinannya kepada presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Spekulasi baru-baru ini menunjukkan bahawa Dr Mahathir lebih menyukai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali sebagai pengganti beliau bagi menjadi PM berbanding Anwar.

Azmin yang juga merupakan timbalan presiden PKR, kini dibelenggu dengan skandal video seks gay yang disebar luas oleh pihak yang dipercayai cuba menghalang beliau menjadi pengganti Mahathir.

Bagaimanapun, baru-baru ini dalam satu temu bual dengan Nikkei Asian Review, Mukhriz berkata bahawa dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tinggi dalam kerajaan persekutuan tetapi menolak tanggapan akan menggantikan bapanya yang sudah dua kali menjadi perdana menteri.